Monday, 16 May 2011

MusUh SaBar

Sabar itu kala seseorang itu betah menahan kesusahan yang menimpanya. Jika tidak lagi betah, maka pasti ada musuh yang ingin melesapkan sifat sabar dalam diri  seseorang itu. Apakah musuh-musuh sabar itu...


1.Tergesa- gesa
-Allah berfirman yang bermaksud: "Manusia telah dijadikan ( bertabiat )
tergesa-gesa." ( Surah al-Anbiya' 21: 37 ) .. sekiranya apa yang dihajati lambat ditunaikan, maka lesaplah kesabarannya. Itulah tabiat semula jadi manusia. Selalu ingin memtik buah itu masak dan tanpa bersungguh-sungguh menanam pohon buah tersenut.

2.Putus Asa
-Allah telah berfirman yang bermaksud: " Dan janganlah kamu berputu asa daripada rahmat ALLAH. Sesungguhnya tidak berputus asa daripada rahmat ALLAH melainkan orang yang kafir." ( Surah Yusuf 12:87)

3.Marah
-Islam tidak pernah menyuruh umatnya membasmi sifat marah secara tunas. Marah masih diperlukan pada saat tertentu seperti ketika Islam dihina dan diinjak-injak. Hakikatnya kini, manusia sebaliknya marah tidak bertempat. Mereka hanya marah apabila kepentingan diri tergugat, bukan apabila kepentingan agama tergugat....

SabaR itu INdaH

Sabar itu Ganjarannya Syurga



-Dengan keyakinan itu, penderitaan yang sedikit dan sementara di dunia mampu dihadapi kerana mengharapkan kenikmatan yang lebih baik dan berkekalan di syurga. 

Walaupun meninggalkan maksiat tidak memerlukan tenaga berbanding melakukan ketaatan yang memerlukan tenaga, para ulama menyatakan bahawa meninggalkan maksiat itu jauh lebih berat daripada melakukan ketaatan.......

Apabila musibah menimpa, perasaan kita tergugat. Fikiran terganggu dan jiwa bercelaru. Diri seolah-olah diselubungi kegelapan.....Namun apabila sabar bertandang, perasaan, fikiran dan jiwa akan stabil semula. Diri yang tadnya gelap akan dilimpahi cahaya. Benarlah seperti yang dikatakan oleh Rasullullah s.a.w. yang bermaksud:- "SABAR ITU UMPAMA SINAR MATAHARI." ( MUTTAFAQ `ALAIH ).


Dalam Islam, sabar terbahagi kepada tiga iaitu: 
- sabar dalam menunaikan perintah ALLAH
-sabar dalam meninggalkan larangan ALLAH
-sabar dalam menghadapi musibah ( ujian ) daripada ALLAH.


Daripada pembahagian sabar ini sahaj sudah cukup untuk membuktikan bahawa tanpa sabar kita tidak akan dapat mencapai matlamat ubidiyyah ( penghambaan ) kepada ALLAH. Dengan sabar, kita akan mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat, manakala tanpa sabar kita akan kehilangan segala-galanya.....


Sabar dalam Mentaati Perintah ALLAH......


* Bukan mudah untuk kita melawan hawa nafsu ada pada diri kita ini... tetapi usaha untk melakukan ketaatan samalah seperti "berperang" dengan diri sendiri.. Namun, bagi orang yang sabar, ia melihat bahawa ketaatan itu umpama ubat pahit tetapi itulah yang akan menyembuhkan... walau betapa pahitnya mujahadah, sanggup ditempuh jua kerana menghrapkan kemanisan syurga....


Firman ALLAH S.W.T.. yang bermaksud :
"perintahkanlah keluargamu supaya menunaikan solat dan bersabarlah dalam melakukannya... Kami tidak meminta rezeki daripadamu ( bahkan ) Kamilah yang memberikan rezeki. Dan akibat terpuji adalah bagi orang yang bertaqwa." ( Surah Taha 20:132 )..


Kalau kita benar2 mengharapkan syurga, sabrlah menempuh jalan ketaatan ini sebagaimana sabarnya Rasulullah s.a.w dan 10 orang para sahabatnya yang telah dijamin masuk syurga.. Mereka rela berkorban dan terkorban untuk beriman dan berhijrah di jalan ALLAH.. Mereka sanggup hidup miskin, dihina, diboikot, meningglkan kampung halaman, hatta mengorbankan nyawa untuk mentaati ALLAH dan Rasul....

Untuk "bersama" berada di jalan mereka, renungilah perintah ALLAH ini, mafhumya: "Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang yang menyeru Tuhannya pada waktu pagi dan senja dengan mengharap keredhaan-Nya. Dan janganlah kedua-dua matamu berpaling daripada mereka kerana mengharapkan perhiasan dunia ini. Dan janganlah kamu mengikut orang yang hatinya telah lalaikan daripada mengingati Kami, serta menurut hamwa nafsunya dan adalah keadaan itu melampui batas." ( Surah al-Kahfi 18:28 )..




si Fasik yanG terPuji

Berikut dikisahkan sebagai pengajaran bersama, bagaimana sikap menyanyangi haiwan yang membawa berkat. Dikisahkan bahawa terdapat seorang fasik yang berjalan-jalan di sekitar padang pasir sahara.. Sedang dia asyik berjalan, tiba2 dya ternampak seekor anjing berhenti di satu kawasan telaga. Ternyata anjing itu begitu dahaga dan sedang mencari-cari air. Melihat keadaan itu, orang fasik tadi pun mendekati telaga tempat anjing itu berhenti. Akan tetapi, dia tidak mempunyai timba atau bekas yang boleh dia gunakan untuk menimba air dari telaga tersebut untuk diberikan kepda anjing yang sedang kehausan itu...... dia pun berfikit, apa yang patut dilakukannya... Akhirnya, dia menanggalkan bajunya dn kemudian mengikatkannya pada tali, lalu dicedok ke dalam telaga. sejurus diangkat naik, baju itu lalu diperah sehingga menitislah titisan air dan terus disuakan ke mulut anjing tersebut..Begitulah dilakukan berterusan, dengan bersungguhnya dia menolong seekor anjing yang kehausan.. diendekkan certa, selepas orang fasik tersebut meninggal dunia, terdapat seorang soleh yang melihat orang fasik tadi berada dalam keadaan yang aman tenteram dan bahagia. Beliau bertanya kehairanan: Kamu bukajn orang yang baik, perbuatan terpuji apakah yang telah kamu lakukan semasa hidup dahulu sehingga ALLAH memberikan nikmat ini kepada kamu?"

Assalamualaikum,,,,,,wat Para MuslimIn n MusLimaH


Fitrah hiasan dunia

Fitnah dunia Ar-Rijal

Halus perasaanmu

Ingin disayangi, dibelai, dimanja

Dan kutahu dia juga begitu

Cinta itu fitrah

Jangan cemari dengan fitnah!

Jika benar kau mencintainya kerana Allah

Takkan kau bisa melunakkan suara

Tusukkan panahan menggoda

Kerana kau tahu

Itu bisa menggoyah iman Ar-Rijal

9 akal 1 nafsu

Namun nafsu yang sentiasa beraja

Takkan kau jadikan sang nafsu itu

Raja nafsu yang menggila

Kerana kau tahu

dia akan terjerumus dalam api yang membara

Andai dia menjadi hamba raja nafsu yang gila

Adakah benar kau mencintainya kerana-Nya?

Ar-Rijal

Andai kau mencintainya

Cintalah kerana-Nya

Letakkan Dia melebihi cinta si dia

Andai kau menyayanginya kerana-Nya

Kau takkan bisa menggodanya

Kerana kau tahu

dia punya 9 nafsu 1 akal

Mana mungkin 1 akal menguasai 9 nafsu

Andai kau mengasihinya kerana-Nya

Kau takkan bisa menyuntik hubungan percintaan

sebelum pernikahan

Ber“abang-sayang”

Menyentuhnya walau yang “ringan”

Kerana kau tahu

Itu menghampiri zina

Dan kau tahu

Tempatnya di api menjunam

Na’uzubillahiminzalik

Apakah benar kau mengasihinya

Andai kau relakan dia terjun ke neraka-Nya?

An Nisa’…Ar Rijal

Ku mengasihimu lillah

Pesanku ikhlas lillah

Cinta tak salah

Fitrahnya suci

Anugerah Allah

Peliharalah ia

Dengan malu akan Allah

Dan takut akan murka-Nya

Andai Allah kau utamakan

Kau takkan gelisah

Andai dia lumpuh tanpa berita

Bisu tanpa suara

Walau teknologi di depan mata

Kau takkan rindu

Walau tak bersua

Kau takkan kecewa apatah gundah

Andai bait cinta tak terluah

Kerana kau tahu

dia menyimpannya khusus

Untuk yang dipertemukan

buat pertama kalinya!

Kerana kau yakin Allah yang terbaik

Akan Allah temukan yang terbaik jua untukmu

Andai dia yang terbaik untukmu

Akan Allah satukan jua hatimu dan hatinya

Hanya dengan aqad yang sah

Menghalalkan yang dulunya haram

Meniup barakah

Dalam redha Allah

Terurai lafaz kian tersimpan

Buat pertama kali dan arakiannya

Andai benar jodoh kau dengannya

Yakinlah!

Adakah benar kau meyakini takdir-Nya?

Nak LebIh MenArik

Assalamualaikum,,sekadar perkongsian....


Jadikanlah Ghadhdul Bashar(menundukkan pndngn) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih..

Oleskan "LIPSTIK kejujuran" pada bibir anda,nescaya akan semakin manis.


Gunakanlah " PEMERAH pipi" anda dengan kosmetik yang diperbuat rasa malu yang dibuat di SALON iman..

Pakailah "SABUN Istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan..


Rawatlah Rambut anda dengan "SELENDANG Islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang membahayakan..


Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang Tawadhu' dan jari-jari anda dengan CINCIN UKHUWAH...

Sebaik-baik kalung anda adalah kalung "KESUCIAN"..

BEDAKilah wajah anda dengan wudhu' nescaya akan bercahaya di akhirat...




Malu itu sbahagian drp iman.Malu melakukan maksiat adlh terpuji.Perempuan malu kpd lelaki tanda bermaruah diri.Malu berbuat kebaikan adlh dikeji.Malu di kala ramai tapi 'ligat' bila bersendirian menunjukkan lemahnya iman.Malu itu sunna para anbiya'....

wallahua'lam...

Khas untUk kAum HaWa

Bismillahirrahmanirahim....

Assalamualaikum.....warkah yg bakal ditulis ini khas untuk kaum HAWA.....klau kaum adam nk bca pun x pa...sekadar mengambil ibrahnya.....


HAWA,

Andai engkau masih remaja,jadilah anak yg solehah buat kedua ibubapamu, andai engkau sudah bersuami,jadilah isteri yg meringankan beban suamimu, andai engkau sudah mnjdai ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan Ad-din Allah....

HAWA,

Andai engkau belum berkahwin jangan kau risau jodohmu,ingatlah hawa janji Allah, wanita yg baik adalah untuk lelaki yg baik,Jangan dimulakan sebuah pertemuan dgn lelaki yang bukan mahrammu kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati,maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam dan sekaligus disusuli dengan pertemuan ,takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.......

HAWA,

Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa ,lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya,lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya,kemanjaannya,serta kemampuannya mengingcang iman lelaki.Tetapi lelaki yg baik akan menilai wanita melalui akhlaknya,peribadinya dan yang paling penting pegangan agamanya...Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan mahramnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan menggodanya....Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita yakni sebuah perkahwinan.....

Oleh itu HAWA,

Jagalah pandanganmu,awasilah auratmu,peliharalah akhlahmu,kuatkan pendirianmu..Andai ditakdirkan tiada cinta daripada adam untukmu. cukuplah cinta Allah meemenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu, biarlah hanya cinta daripada kedua ibubapa mu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu,cukuplah sekadar cinta adik-beradik serta keluarga yang membahagiakan dirimu...


HAWA.....

Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai Allah..CIntailah kedua ibubapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah..CIntailah keluargamu kerana kau tidak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga..Jangan sesekali tangan yang mengoncang dunia juga ,yang menggoncang iman lelaki.....


Hawa ambillah warkah ini dan simpanlah di dada.....smga dia mampu mnjadi peringatan kpd kita tatkala kita lupa...Wallahua'lam....

LuangKanlah SedIkiT mAsa

Dari pesanan sahabat faiz syah....
Assalamualaikum saudaraku

Baca jika anda ada masa untuk ALLAH.

Bacalah sehingga habis.

ALLAH , bila saya membaca e-mail ini, saya fikir saya tidak ada masa untuk ini... Lebih lebih lagi diwaktu kerja.

Kemudian saya tersedar bahawa pemikiran semacam inilah yang .... Sebenarnya, menimbulkan pelbagai masaalah di dunia ini

Kita cuba menyimpan ALLAH didalam MASJID pada hari Jumaat .......

Muingkin malam JUMAAT?


Dan sewaktu solat MAGRIB SAJA?

Kita suka ALLAH pada masa kita sakit.....

Dan sudah pasti waktu ada kematian...

Walau bagaimanapun kita tidak ada masa atau ruang untuk ALLAH waktu bekerja atau bermain?

Kerana... Kita merasakan diwaktu itu kita mampu dan sewajarnya mengurus sendiri tanpa bergantung padaNYA.

Semoga ALLAH mengampuni aku kerana menyangka......

Bahawa nun di sana masih ada tempat dan waktu dimana ALLAH bukan lah yang paling utama dalam hidup ku. (nauzubillah)

Kita sepatutnya senantiasa mengenang akan segala yang telah DIA berikan kepada kita.

DIA telah memberikan segala-galanya kepada kita sebelum kita meminta. RENUNGKANLAH

Sebarkan lah seandaianya ANDA BENAR-BENAR MENGHAYATI!!!


Ya aku CINTA ALLAH

Dia adalah sumber kewujudanku dan Penyelamatku

IA lah yang menggerakkan ku setiap detik dan hari. TanpaNYA aku adalah HAMPAS yang tak berguna.

Ini adalah ujian yang mudah.

Kalau anda benar meyintai ALLAH dantidak berasa malu akan segala kebaikan yang telah diberi ALLAH kepada mu....


Nabi
saw berpesan; "Sampaikan satu (nasihat) atau kalimah dari al-Quran
walaupun satu huruf. Sesungguhnya berpesan2 itu adalah nikmat
bersaudara."


Sekarang!!! Anda ada masa kah untuk berbuat demikian?


Susah….... Senang


kenapa susah sangat nak sampaikan kebenaran?


Kenapa mengantuk dalam MASJIDtetapi sebaik saja selesai ceramah kita segar kembali?

Kenapa mudah sekali membuang e-mail agama tetapi kita bangga mem 'forward' kan email yang tak senonoh?


Hadiah yang paling istemewa yang pernah kita terima.


Solat adalah yang terbaik....

Tidak perlu bayaran , tetapi ganjaran lumayan.

Notes:
Tidak kah melucukan betapa mudahnya bagi manusia TIDAKBeriman PADA
ALLAH setelah itu hairan kenapakah dunia ini menjadi neraka bagi mereka.

Tidakkah
melucukan bila seseorang berkata 'AKU BERIMAN PADA ALLAH' TETAPI
SENTIASA MENGIKUT SYAITAN. (who, by the way, also 'believes' in ALLAH).

Tidakkah
melucukan bagaimana anda mampu hantar ribuan email lawak yang akhirnya
tersebar bagai api yang tidak terkawal., tetapi bila anda hantar email
mengenai ISLAM, ramai orang fikir 10 kali untuk berkongsi?

Tidakkah
melucukan bagaimana bila anda mula menghantar mesej ini andatidak akan
menghantar kepada semua rakan anda kerana memikirkan apa tanggapan
mereka terhadap anda atau anda tak pasti samaada mereka suka atau
tidak?.

Tidakkah melucukan bagaimana anda merasa risau akan tanggapan orang kepada saya lebih dari tanggapanALLAH terhadap anda.

Aku berDOA, untuk semua yang menghantar mesej ini kepada semua rakan mereka di rahmati ALLAH