Bismillahirrahmanirahim....
Assalamualaikum.....warkah yg bakal ditulis ini khas untuk kaum HAWA.....klau kaum adam nk bca pun x pa...sekadar mengambil ibrahnya.....
HAWA,
Andai engkau masih remaja,jadilah anak yg solehah buat kedua ibubapamu, andai engkau sudah bersuami,jadilah isteri yg meringankan beban suamimu, andai engkau sudah mnjdai ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan Ad-din Allah....
HAWA,
Andai engkau belum berkahwin jangan kau risau jodohmu,ingatlah hawa janji Allah, wanita yg baik adalah untuk lelaki yg baik,Jangan dimulakan sebuah pertemuan dgn lelaki yang bukan mahrammu kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati,maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam dan sekaligus disusuli dengan pertemuan ,takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.......
HAWA,
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa ,lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya,lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya,kemanjaannya,serta kemampuannya mengingcang iman lelaki.Tetapi lelaki yg baik akan menilai wanita melalui akhlaknya,peribadinya dan yang paling penting pegangan agamanya...Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan mahramnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan menggodanya....Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita yakni sebuah perkahwinan.....
Oleh itu HAWA,
Jagalah pandanganmu,awasilah auratmu,peliharalah akhlahmu,kuatkan pendirianmu..Andai ditakdirkan tiada cinta daripada adam untukmu. cukuplah cinta Allah meemenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu, biarlah hanya cinta daripada kedua ibubapa mu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu,cukuplah sekadar cinta adik-beradik serta keluarga yang membahagiakan dirimu...
HAWA.....
Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai Allah..CIntailah kedua ibubapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah..CIntailah keluargamu kerana kau tidak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga..Jangan sesekali tangan yang mengoncang dunia juga ,yang menggoncang iman lelaki.....
Hawa ambillah warkah ini dan simpanlah di dada.....smga dia mampu mnjadi peringatan kpd kita tatkala kita lupa...Wallahua'lam....
No comments:
Post a Comment